Garis berturut-turut ke takhta Malaysia


Malaysia mengamalkan sistem Raja berperlembagaan, yang mana tiada susur galur khas untuk pewarisan takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya pada suatu masa takhta menjadi kosong (kerana kematian, ketidakupayaan atau perletakan jawatan), persidangan Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu. Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik menggantikan tempat Yang di-Pertuan Agong di singgahsana. Pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah dibawah Perkara 32 Perlembagaan Malaysia.

Mengikut konvensyen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut kekananan seorang Raja Melayu itu memerintah. Namun, jika baginda menolak jawatan tersebut, maka pemilihan baharu akan dibuat bagi memilih calon baharu.[1]


Developed by StudentB